Powered By Blogger

Dewan Pemuda Pas Perak? Mufti Perak? Melayu? Islam?

Kerajaan perpaduan yang diuar-uarkan selama ini telah senyap begitu sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang masih dibuai mimpi dengan kancah politik negara yang kian tidak menentu ini. Seperti yang diketahui umum, kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti negeri perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kerajaan perpaduan dan ulasan beliau mengenai idealogi antara UMNO dan PAS telah dibidas oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Perak melalui setiausahanya iaitu Dr Raja Ahmad Al-Hiss. Tambahan pula, Dr Raja Ahmad juga berkata bahawa kenyataan yang dilontarkan oleh mufti perak tersebut lebih menyebelahi UMNO. Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa seorang mufti tidak boleh memihak kepada mana-mana parti politik dan seharusnya menjadi penasihat Agama kepada Paduka Seri Sultan. Bagaimanakah seorang islam yang mempunyai status ‘Dr’ yang bukannya sembarangan orang boleh memberikan kenyataan tersebut.
Pada pandangan hamba, tindakan yang dilakukan oleh Mufti perak tersebut merupakan satu tindakan yang wajar. Melihat dari persepsi menyeluruh, beliau sebenarnya menegur kedua-dua pihak dalam menegakkan idealogi politik masing-masing dan tidak lupa yang kita semua masih lagi serumpun sebangsa dan seagama. AGAMA ISLAM!!! Teguran Yang Dilakukan Jelas Menunjukkan Keperihatinan beliau terhadap saudara seagamanya. Hamba juga sering menggeleng kepala apabila melihat telatah pemimpin diantara kedua – dua belah pihak menegakkan idealogi masing-masing. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah sekadar niat dan cita yang baik sahaja tidak mencukupi bagi membangunkan sebuah negara Islam yang ampuh. Oleh itu, kaedah juga penting dalam melaksanakan sesuatu cadangan dasar atau sesuatu pelaksanaan. Bukankah tugas tegur menegur sesama kita ini amat dianjurkan dalam islam? Oleh itu, mengapa perlu membidas seorang mufti yang tinggi ilmu agamanya dan penuh prihatin. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Isu murtad contohnya, setahu hamba, mufti perak yang banyak bersuara dan mendedahkan betapa parahnya pegangan akidah umat islam di Malaysia ini. Bukankah ini juga tanggungjawab kita juga sebagai umat islam wahai ahli – ahli Dewan Pemuda Pas Perak? Yang bezanya adalah kemampuan kita berjuang. Bagi yang mempunyai kuasa lebih, tanggungjawabnya pun lebih begitulah sebaliknya. Oleh itu, sememangnya tidak berasas segala bidasan yang dikemukakan kepada Tan Sri Harussani Zakaria.
Hamba juga mengambil kesempatan ini mahu orang Melayu berfikir sejenak mengenai nasib bangsa sendiri yang makin tergugat oleh ancaman luar dan dalam. Seringkali ada yang bertanya pada hamba, perlukah kita perjuangkan Melayu sedangkan kita sepatutnya perjuangkan islam. Pemikiran dina hamba ini pula berfikiran kita sememangnya memerlukan ‘Melayu’. Melayu ini kita jadikan sebagai medium dan islam sebagai asas dan pegangan. Ketahuilah, islam datang ke Tanah Melayu dahulu bukannya menghapuskan terus amalan-amalan masyarakat tempatan, tetapi melalui penerapan nilai – nilai murni oleh pendakwah yang berhikmah. Berhikmahkah orang – orang islam yang mengatakan mereka perjuangkan islam sekarang? Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri membangunkan sebuah negara islam (Madinah) dahulu sebelum agama islam betul – betul ampuh sebagai agama yang syumul, yang kukuh lagi ampuh. Gunakanlah Melayu itu sebagai medium atau ‘Kota’ tersebut dan kemudian setelah adanya perpaduan dalam kalangan Melayu kita, InsyaAllah islam mampu menguasai keseluruhan aspek ekonomi,sosio dan politik negara. Hamba menyeru supaya kita semua sedar bahawa Allah s.w.t memberikan title Melayu itu sebagai salah satu nikmatnya kepada orang – orang tertentu. Sekian serba ringkas dari hamba…

TEORI DAN IDEOLOGI PALSU PESONGKAN DUNIA

1. Definisi Teori
2. Penyebar Fahaman Yahudi
3. Sokongan Negara Luar
4. Kesedaran

Definisi Teori

Dewasa ini, terlalu banyak teori atau ideologi tersebar dan diperkatakan dalam dunia ini. Samada ianya diperdebatkan, diterima atau ditolak. Jika ditinjau dari skop politik, ekonomi atau sastera, semuanya mempunyai teori tersendiri. Dalam sastera melayu, pelbagai teori dicipta dan dibahaskan. Mutakhir ini, terdapat keghairahan dan keberahian sarjana dan pengarang sastera dalam mencetuskan teori baru sastera. Sesuatu yang perlu dibangkitkan; untuk apa semua teori ini? Relevankah ia?

Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori boleh dimaksudkan begini: pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan sebagainya.

Protokol Cendekiawan Zionis Sedunia ke IX menyebut perihal teori dan ideologi. Bunyinya: Kita telah memperbodohkan, membingungkan dan mengotori pemikiran remaja goyim (bukan Yahudi) dengan mendidik mereka melalui prinsip dan teori yang walaupun kita tahu palsu, kitalah yang menciptanya.

Protokol kontroversi ini mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus.
Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.
Kaum Yahudi dalam surah al-Baqarah dikutuk kerana kejahatan dan kedegilan mereka. Beratus nabi telah dibunuh oleh mereka, misalnya Nabi Zakaria. Pendeta mereka terkenal sebagai ulama yang mengubahsuai kitab Injil, Zabur dan Taurat.
Terdapat cerita yang dipanggil Israeliyat, iaitu ciptaan pendeta mereka untuk menyesat dan memesongkan masyarakat awam.
Yahudi diketahui bergiat aktif dalam semua bidang kehidupan, terutama bidang teras atau utama seperti ekonomi dan politik.
Dalam dunia pemikiran, Yahudi tidak terkecuali. Untuk memukau pemikiran dunia, kadangkala mereka menunggang golongan intelektual bangsa goyim, selain tokoh mereka sendiri.


Penyebar Fahaman Yahudi

Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.
Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.
Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.
Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.
Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.
Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.
Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.
Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.
Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.
Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.
Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.


Sokongan Negara Luar

Revolusi Perancis memberikan keuntungan besar kepada Yahudi. Revolusi Perancis telah menghadiahkan kebebasan sivil kepada Yahudi di Eropah Barat.
Seterusnya, Dean Roscoe Pound (Yahudi penganjur liberalisme) Kemudian David Ricardo telah mengobarkan doktrin abad ke -19 iaitu idea persamaan manusia menurut kejenteraan.
Dalam sastera, pemikiran berbaur Yahudi tidak terkecuali dan tidak dapat dinafikan. Misalnya, feminisme, absurdisme, eksistensialisme, surrealisme, realisme magis atau romantisme.
Meskipun bebas dan tidak diterbitkan pemuka Yahudi secara terang-terangan, tetapi dari satu segi, semua isme ini seolah-olah melengkapi, menyetujui dan menyokong pernyataan dokumen tadi. Berapa ramai intelektual dan sarjana sastera Malaysia mabuk dan selalu berhujah dengan menggunakan teori di atas?
Semua ini menuju matlamat untuk membingungkan pemikiran bangsa bukan Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Ini semua dijalankan untuk kepentingan mereka.
Mereka cuba meletakkan perangkap dalam setiap bidang kehidupan, samada untuk melekakan, membingungkan atau merosakkan.
Teori di atas tiada gunanya, Ia amat tidak praktikal sama sekali. Kita ambil contoh feminisme, bolehkan diwujudkan persamaan hak antara wanita dan lelaki?
Kesamaan atau ketidaksamaan hak wanita dan lelaki sudah jelas dalam al-Quran, maka apa lagi yang mahu diambil dari Feminisme?
Mungkin terdapat pemikiran yang dibawa Yahudi baik dan positif. Hal ini mengingatkan kepada kisah Nabi Muhammad SAW dengan sekumpulan wanita berkisar persoalan ahli nujum.
Mereka bertanya kepada baginda, mengapa meramal nasib diharamkan? Walhal tilikian itu adakalanya tepat. Baginda menjawab, samada tepat atau tidak, haram hukumnya meramal nasib. Ini kerana mereka mencampurkan antara kebenaran dan kebatilan.


Kesedaran

Seharusnya satu penilaian semula dilakukan ke atas semua teori dan ideologi yang selama ini kita praktikkan. Dalam tulisan ini khasnya, merujuk teori sastera.
apakah sebenarnya teori? apa perlu adanya teori? Apa relevannya teori?
Kita bimbang jika pemikiran kita dilekakan dengan pembuatan, perbahasan dan penamaan teori yang tiada gunanya dan semua ini akhirnya menjayakan misi Yahudi dalam melekakan pemikiran umat manusia dari menghadapi kenyataan dan masalah sebenar. Malah dikhuatiri produk dan calon intelektual yang dikeluarkan pusat pengajian tinggi kelak, hanya mengajar, membahas dan menyebut teori yang tidak ada gunanya, tidak berpijak di bumi nyata atau khayalan semata.
Kita akhirnya leka dan sesat dalam permainan teori dan ideologi semata. Juga dibimbangkan, dalam keadaan kita mengkritik kaum muda yang dijangkiti kuman penyakit sosial yang disebar Yahudi seperi budaya Hedonisme atau Hippies, golongan intelektual sendiri lebih dahsyat dilekakan dengan candu teori dan ideologi tak berguna ciptaan Yahudi.

Petikan dari: Akhbar Berita Mingguan, Ahad - 2 Jun 2002

Fatwa Ulama’ Sunnah tentang Demonstrasi & Mogok Makan

Nabi Muhammad s.a.w telah menetapkan bahawa seseorang tidak boleh memberontak kepada pemerintah, membangkang, derhaka, menyebarkan aibnya, baik melalui majalah, mimbar, pertemuan (majlis), dan sebagainya, kerana hal itu akan menimbulkan kerosakan serta menyebabkan masyarakat tidak lagi segan, hormat, dan cinta kepada pimpinannya.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيْرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةً
“Barang siapa yang melihat sesuatu ia benci dari pemimpinnya, maka hendaknya ia bersabar atasnya, karena barang siapa yang meninggalkan jama’ah dengan sejengkal, lalu ia mati, kecuali ia akan mati seperti matinya orang jahiliyyah”. [HR. Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (13/5), Muslim dalam Shohih-nya (3/1477), Ahmad dalam Al-Musnad (1/275), dan lainnya]


Hadits ini menjelaskan bahwa seorang tidak boleh derhaka kepada pemerintah, walaupun dalam perkara yang dianggap “remeh”, karena yang remeh akan jadi besar, parah, dan rawan. Daripada hadits ini, para ulama kita mengharamkan demonstrasi, kerana demo merupakan salah satu bentuk kederhakaan, dan pembangkangan kepada pemerintah yang dilarang keras oleh Nabi Muhammad s.a.w. Karena banyaknya yang menyangka demo adalah perkara yang dibolehkan, maka saya senaraikan beberapa fatwa-fatwa para ulama’ kaum muslimin dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjelaskan haramnya demonstrasi:

Fatwa Samahatusy Syaikh Al-Imam Abdul Aziz Ibn Baz-rahimahullah Ta’ala-

Beliau berkata,“Cara yang bagus merupakan sarana terbesar diterimanya kebenaran. Sedang cara yang keliru dan kasar merupakan sarana yang paling berbahaya ditolaknya dan tidak diterimanya kebenaran, atau boleh mewujudkan kekacauan, kezaliman, permusuhan, dan saling menyerang. Dikategorikan dalam permasalahan ini apa yang dikerjakan oleh sebahagian orang berupa demonstrasi yang menyebabkan keburukan yang banyak bagi para da’i. Maka berkonvoi di jalan-jalan dan berteriak bukanlah merupakan jalan untuk memperbaiki dan dakwah. Jadi, cara yang benar adalah dengan menziarahi (pemerintah), menyuratinya dengan cara yang baik. Nasihatilah para pemimpin, pemerintah, dan kepala suku dengan kaedah seperti ini. Bukan dengan cara kekerasan dan demonstrasi. Nabi Muhammad s.a.w ketika tinggal di Makkah selama 13 tahun, beliau tidaklah pernah menggunakan demonstrasi dan berkonvoi, serta tidak mengancam orang lain untuk menghancurkan harta-bendanya, dan membunuh mereka. Tak ragu lagi, cara ini akan membahayakan dakwah dan para da’i, akan menghalangi tersebarnya dakwah, membuat para pemimpin terus memusuhinya dan melawannya dengan segala yang mungkin boleh dilakukannya. Mereka (para pelaku demo) menginginkan kebaikan dengan cara seperti tersebut, akan tetapi terjadi yang sebaliknya. Maka hendaknya seorang da’i ilallah menempuh jalannya para rasul dan pengikutnya, sekalipun memakan waktu yang panjang. Itu lebih utama dibandingkan perbuatan yang membahayakan dan mempersempit (ruang gerak) dakwah, atau dihabisi. Walaa haula walaa quwwata illa billah”. [Lihat Majallah Al-Buhuts Al-Islamiyyah, edisi ke-38, (hal.310)]

Beliau pernah ditanya, “Apakah demonstrasi yang dilakukan oleh kaum lelaki dan wanita melawan pemerintah boleh dianggap termasuk sarana dakwah? Apakah orang yang meninggal di dalamnya dianggap mati syahid?”
Maka beliau memberikan jawaban: “Saya tidak memandang demonstrasi yang dilakukan para kaum hawa dan juga oleh kaum Adam sebagai suatu solusi . Akan tetapi itu merupakan sebab timbulnya fitnah (musibah), keburukan, sebab dizaliminya sebahagian orang, dan melampaui batas atas sebagian orang tanpa haq. Akan tetapi, cara-cara yang syar’i (menasihati pemerintah) adalah dengan cara menyurat, menasihatinya, dan mendakwahinya menuju kepada suatu kebaikan dengan cara damai. Demikianlah yang ditempuh para ulama’. Demikianlah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan para pengikut mereka dalam kebaikan.Cara mereka menasihati dengan menyurat dan berbicara langsung dengan orang yang bersalah, pemerintah, dan penguasa. Dengan cara menghubunginya, menasihatinya, dan menyuratinya, tanpa menyerlahkan aibnya di atas mimbar-mimbar dan tempat-tempat lainnya (dengan berteriak): “Pemerintah Fulan melakukan begini dan begini, lalu hasilnya begini dan begini !! ”, Wallahul Musta’an”. [ Simak Kaset : Muqtathofaat min Aqwaal Al-Ulama’ ]

Demonstrasi bukanlah uslub (cara) berdakwah yang benar. Bukan seperti yang dikatakan oleh seorang da’i hizbi, Safar Al-Hawaly. Dia berkata dalam kasetnya yang berjudul “Syarah Al-Aqidah Ath-Thohawiyyah” (no.185),”Sesungguhnya demonstrasi yang dilakukan oleh kaum wanita merupakan salah satu di antara uslub (cara) berdakwah dan memberikan pengaruh”.
Senada dengan ini, A’idh Al-Qorny berkata, “Demi Dzat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh telah keluar di Al-Jaza’ir dalam satu hari 700.000 wanita muslimah yang berhijab menuntut ditegakkannya syari’at Allah”.

Adapun Salman bin Fahd Al-Audah, maka tak jauh bezanya dengan kedua temannya tadi. Dia berkata dalam kaset “Lin Nisaa’ Faqoth”, ”Sungguh kita telah mendengar di beberapa negara lain suatu berita yang menggembirakan adanya kembali (kesedaran) yang jujur-khususnya di kalangan pemudi- kepada Allah. Setiap orang dengar adanya demonstrasi lantang di al-Jaza’ir. Sedangkan pemimpinnya adalah sekelompok wanita. Jumlah mereka lebih dari ratusan ribu orang”.

Syaikh Abdul Malik Al-Jaza’iry - Hafizhahullah - berkata dalam mengkritik kekeliruan tiga orang di atas, “Demi Allah, Sesungguhnya urusan mereka ini benar-benar aneh! Tidaklah pernah dibayangkan kalau Jazirah Arab –setelah adanya dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab- akan melahirkan orang-orang semacam mereka!? Apakah setelah kehidupan yang dihiasi dengan menjaga kehormatan yang dijaga oleh kaum muslimin Jazirah, akan datang Safar, Salman, dan Al-Qorny ke hadapan para wanita untuk mengeluarkan mereka dari rumah kemuliaan mereka dengan memperbanyak jumlah dan kekuatan dengan para wanita!? Safar menjelaskan pengaruh yang dalam ketika keluarnya para wanita tsb untuk berdemo, sedang Al-Qorny menguatkannya dengan sumpah!! Sedang Salman membangkitkan semangat mereka agar tetap bersabar menghadapi tank-tank. Duh, Alangkah anehnya agamanya!”. [Lihat Madarik An-Nazhor (hal.419-420), cet. Dar Sabiil Al-Mu’minin.
Apa yang dinyatakan oleh tiga orang ini jelas salah, karena menasihati pemerintah adalah dengan secara rahsia dan tersembunyi seperti menziarahinya, menyuratinya atau menghubunginya melalui temannya,dan sebagainya, sebab inilah merupakan prinsip dakwah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

مَنْ َأَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلا َيُبْدِ لَهُ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوْ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فََذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى اَلَّذِيْ عَلَيْهِ لَهُمَنْ َأَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلا َيُبْدِ لَهُ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوْ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فََذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى اَلَّذِيْ عَلَيْهِ لَهُ
“Barang siapa yang ingin menasihati seorang penguasa, maka janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaknya ia mengambil tangannya, dan berduan dengannya. Jika ia terima, maka itulah (yang diharap). Jika tidak, maka ia telah melaksanakan kewajiban atas dirinya ”.[HR.Ibnu Abi Ashim dalam As-Sunnah (1096). Syaikh Al-Albany -rahimahullah- berkata dalam Zhilal Al-Jannah (hal.514), “Sanadnya shohih”] .


Fauzy bin Abdillah Al-Atsary -hafizhahullah- berkata, ”Hadits ini menunjukkan bahwa nasihat kepada pemerintah dengan cara rahsia, bukan dengan cara terang-terangan, dan bukan pula menyerlahkan aibnya di atas mimbar-mimbar, pesta-pesta, masjid-masjid, majalah dan lainnya sebagai suatu nasihat”. [Lihat: Al-Ward Al-Maqthuf (hal.66)]

Fatwa Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin –rahimahullah
Beliau ditanya: “Apakah Demonstrasi bolah dianggap sarana dakwah yang disyari’atkan?” Beliau menjawab, “Alhamdu lillahi Rabbil alamin wa shollallahu ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa shohbihi wa sallam wa man tabi’ahum bi ihsan ilaa yaumiddin. Amma ba’du: Sesungguhnya demonstrasi merupakan perkara baru, tidaklah dikenal di zaman Nabi –shollallahu alaihi wasallam-, dan para sahabatnya –radhiyallahu anhum-. Kemudian di dalamnya terdapat kekacauan dan huru-hara yang menjadikannya perkara terlarang, dimana didalamnya terjadi pemecahan kaca-kaca, pintu-pintu, dan lainnya. Juga terjadi padanya ikhtilath (campur-baur) antara lelaki dan wanita, orang tua dan anak muda, dan sejenisnya diantara kerosakan dan kemungkaran. Adapun masalah tekanan atas pemerintah. Jika pemerintahnya muslim, maka cukuplah bagi mereka sebagai penasihat adalah Kitabullah Ta’ala, dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Ini adalah sesuatu terbaik disandarkan kepada seorang muslim. Jika pemerintahnya kafir, maka jelas mereka tak akan memerhatikan para peserta demonstrasi. Pemerintah tersebut akan “bermanis muka” di depan mereka, sementara itu hanyalah merupakan kejelekan yang tersembunyi di batin mereka. Kerananya, kami memandang bahwa demonstrasi merupakan perkara mungkar !!Adapun alasan mereka: “Demo ini aman-aman saja”. Memang terkadang aman-aman saja di awalnya atau pertama kalinya, lalu kemudian berubah menjadikan kerosakan. Aku nasihatkan kepada para pemuda agar mereka mengikuti jalannya Salaf. Kerana Allah s.w.t telah memuji para sahabat Muhajirin dan Ansar, serta juga orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan”. [Lihat Al-Jawab Al-Abhar(hal.75) karya Fu’ad Siroj]




Fatwa Fadhilah Asy-Syaikh Al-Allamah Sholeh bin Ghoshun-rahimahullah- Fadhilah Asy-Syaikh Al-Allamah Sholeh bin Ghoshun -rahimahullah- berkata,“Jadi seorang da’I, orang yang memerintahkan kebaikan, dan melarang dari kemungkaran, wajiblah bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan kesabaran, mengharapkan pahala dan ganjaran (di sisi Allah), menanggung segala sesuatu yang ia dengarkan atau terkadang ia dicemooh dalam dakwahnya. Adapun seorang da’I menempuh cara kekerasan, atau dia -wal’iyadzu billah- menempuh cara dengan menyakiti manusia, mengganggu orang, atau menempuh cara perselisihan dan pertengkaran, dan memecah belah kesatuan. Ini merupakan perkara-perkara setan. Dia adalah prinsip dakwah Khawarij. Inilah prinsip dakwah Khawarij !! Mereka itulah yang mengingkari kemungkaran dengan senjata, mengingkari sesuatu perkara-perkara yang mereka anggap tidak boleh dan menyelisihi keyakinan mereka dengan cara perang, menumpahkan darah, mengkafirkan orang, dan beberapa perkara lain. Maka bedakanlah antara dakwah para sahabat Nabi-Shollallahu alaihi wasallam- dan Salafush Sholeh dengan dakwah Khawarij dan orang yang menempuh manhaj (jalan hidup) mereka, dan menjalani jalan mereka. Dakwahnya para sahabat dengan cara hikmah, nasehat, menjelaskan kebenaran, dengan penuh kesabaran, dengan berhias kesabaran, dan mencari pahala dan ganjaran. Sedangkan dakwah Khawarij dengan cara membunuh manusia, menumpahkan darah mereka, mengkafirkan mereka, memecah-belah kesatuan, dan merobak-robek barisan kaum muslimin. Ini adalah perbuatan-perbuatan keji dan bid’ah. Sepantasnya orang-orang yang mengajak kepada perkara-perkara seperti ini dijauhkan dan dijauhi, diburuk-sangkai. Mereka itu telah memecah-belah kesatuan kaum muslimin. Padahal Persatuan itu merupakan rahmat,sedangkan perpecahan merupakan sengsara dan adzab-wal’iyaadzu billah-. Andai suatu penduduk negara di atas kebaikan, bersatu di atas satu kata, niscaya mereka akan memiliki kharisma dan wibawa. Akan tetapi penduduk negara kita sekarang sudah berkelompok-kelompok dan terkotak-kotak. Mereka telah sobek, berselisih, musuh dari kalangan mereka masuk ke tengah-tengah mereka, dari sebagian mereka atas sebagian yang lainnya. Ini merupakan cara bid’ah, dan keji. Merupakan jalan seperti yang telah berlalu keterangannya, datang dari orang-orang yang mau memecah-belah kesatuan, dan orang-orang yang telah membunuh Amirul Mukminin Ali-radhiyallahu anhu- dan orang-orang yang bersama beliau dari kalangan sahabat, peserta bai’at Ridhwan. Mereka telah membunuh beliau sedang mereka menginginkan “kebaikan”!! Sedang mereka itu adalah pemimpin kerusakan, pemimpin bid’ah,dan pemimpin perpecahan. Mereka itulah yang memecah-belah persatuan kaum muslimin, dan melemahkan barisan kaum muslimin. Demikian juga sampai orang-orang yang berpendapat bolehnya, mengadopsinya, dan menganggapnya baik. Maka orang seperti ini jelek aqidahnya, dan harus dijauhi.Aku tahu-wa’iyaadzu billah- bahwa ada seorang yang disiapkan untuk membahayakan ummatnya dan teman-teman majelisnya, serta orang-orang yang ada disekitarnya. Nasihat yang haq, hendaknya seorang muslim menjadi seorang bekerja, membangun, mengajak kepada kebaikan, dan mencari kebaikan sebenar-benarnya. Dia harus mengucapkan kebenaran, berdakwah dengan cara yang benar dan lembut, berbaik sangka terhadap saudaranya, serta mengetahui bahwa kesempurnaan merupakan sesuatu yang sulit diraih, bahwasanya yang ma’shum adalah Nabi-Shollallahu alaihi wasallam- , dan andaikan para pemerintah tsb hilang/pergi, maka tak akan datang orang yang lebih bagus dibandingkan mereka. Andaikan semua orang yang ada hilang/pergi-sama saja diantara mereka ada pemerintah, penanggung jawab, atau para penuntut, atau rakyat. Andaikan ini semuanya pergi/hilang-rakyat negara mana saja-, niscaya akan datang pemimpin yang lebih jelek darinya !! Karena tak akan datang suatu masa kecuali yang berikutnya lebih buruk. Jadi, orang yang menginginkan agar orang sampai pada derajat kesempurnaan, atau menjadi orang-orang yang ma’shum dari segala kesalahan dan kejelekan. Orang (yang berpemikiran) macam ini adalah orang sesat. Mereka ini adalah orang-orang Khawarij. Mereka inilah yang memecah-belah persatuan manusia dan menyakiti mereka. Ini merupakan tujuan orang-orang yang memusuhi Ahlus Sunnah wal Jama’ah dengan berbagai bid’ah dari kalangan orang Rofidhoh, Khawarij, Mu’tazilah, dan seluruh jenis pelaku kejelekan dan bid’ah”. [Lihat Majallah Safinah An-Najaah, edisi 2, Januari 1997 M.]

Inilah beberapa fatwa ulama’ besar di zaman ini. Semuanya sepakat mengharamkan demonstrasi, hal ini demikian kerana menimbulkan kerosakan dalam segala aspek kehidupan, secara langsung ataupun tidak langsung. Fakta yang ada di lapangan telah membuktikan bahawa demo menyebabkan banyak kerosakan. Intinya, demo adalah haram dalam Islam, baik demonya dalam bentuk damai tak menimbulkan rusuhan ketika berdemontrasi, apalagi yang disertai kekasaran, dan sesuatu yang memancing emosi, serta merendahkan wibawa pemerintah dan pemerintahan.
====================
Ditulis oleh Pengelola di/pada 13 Desember, 2008
Diedit oleh Musafir Purbarasa_404
Sumber : Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 26 Tahun I. Penerbit : Pustaka Ibnu Abbas. Alamat : Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne No. 58, Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel. HP : 08124173512 (a/n Ust. Abu Fa’izah). Pimpinan Redaksi/Penanggung Jawab : Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir Al Atsary, Lc. Dewan Redaksi : Santri Ma’had Tanwirus Sunnah – Gowa. Editor/Pengasuh : Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir Al Atsary, Lc. Layout : Abu Muhammad Mulyadi. Untuk berlangganan/pemesanan hubungi : Ilham Al-Atsary (085255974201). (infaq Rp. 200,-/exp)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...