Powered By Blogger

Wanita : Mutiara Dunia


Salam buat tatapan semua...

Hamba ingin mengulas secara serba ringkas saja berkaitan masalah gender yang sering menjadi perbualan sesetengah pihak yang berlainan jantina terutama mereka yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Sesungguhnya pada hemat hamba, masalah ini tidak akan timbul sekiranya kita semua terutama umat islam faham tentang fungsi dan duduk letaknya lelaki dan wanita itu. Kita melihat kini golongan wanita mahukan taraf mereka diiktiraf berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki. Setiap apa yang dipakai oleh lelaki, semuanya mahu dipakai. setiap apa yang dikerjakan lelaki, semuanya mahu dibuat oleh mereka walaupun bertentangan dengan fitrah mereka sendiri. Hamba ingin tegskan di sini, hamba menilai ini bukan dari sudut emosi tetapi profesional hendaknya.

Namun, memang tidak salah sekiranya perempuan mahu sama tarafnya dengan lelaki tetapi ianya lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Oleh sebab itulah, islam tidak menggalakkan perkara tersebut terjadi. Islam tidak pernah memperkecilkan peranan seorang perempuan malah dianggap tinggi dalam agama islam dan mudah masuk syurga berbanding golongan lelaki jika kena dengan caranya syurga. Kini bukannya seperti zaman jahiliah dahulu di mana golongan wanita ditindas dengan kejam tetapi kini kita mempunyai agama sebagai pembela. Malah dengan kewujudan institusi - institusi yang mampu membela nasib kaum wanita ini semestinya dapat menggambarkan ketinggian martabat seorang wanita itu. Sesungguhnya,idea dan mentaliti persamaan taraf di antara wanita dan lelaki ini telah dibajai oleh penjajah yakni negara - negara barat. Sudah tercatit di dalam hukum bahawa golongan lelaki itu akan menjadi imam, khalifah dan pemimpin bagi sesebuah masyarakat dan negara. Allah s.w.t tidak melantik nabi dan rasul dari kalangan perempuan. Betapa tigginya pengetahuan Allah Maha Besar.

Golongan wanita ini terlalu istimewa. Namun,mereka yang membuatkan keistimewaan mereka itu pudar ditelan arus globalisasi dan maksiat dengan kewujudan "jantan-jantan" dari kalangan lelaki. oleh itu, sama - samalah kita insaf dan yakin bahawa setiap kejadian yang Allah jadikan mempunyai hak dan tanggungjawab kebersamaan. "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara" itulah slogan yang sering dilaungkan. Tetapi, sekiranya dikaji secara mendalam, pemudi adalah tiang negara bermaksud kekuatan wanita itu sebenarnya lebih berpengaruh dalam jatuh bangun sesebuah masyarakat justeru negara. Golongan wanita ini hendaklah dididik dan dibela kedudukannya dengan nilai - nilai agama yang mantap kerana peranannya juga ada dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Justeru, golongan lelaki yang patut berperanan dalam hal ini dan mereka perlu mantap dari segi keagamaan dan jati diri dahulu sebelum bertindak. Hendaklah kita semua bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya dan menyelidiki kekuatan dan kelemahan diri tanpa pengaruh-pengaruh dari Barat serta jadikan agama sebagai sendi dalam setiap tindakan dan fikiran. sekian dari hamba yang lemah...

Apa Relevennya PPSMI dihapuskan

Berikut merupakan petikan dari kata-kata yang dikeluarkan dari lidah para cendikiawan ,inteletual Melayu , dan lain-lain pihak bagi menolak ke'relevanan' pelaksanaan PPSMI ini.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein .

* pelaksanaan PPSMI akan mewujudkan jurang yang besar dari aspek prestasi pelajar sekolah luar bandar berbanding luar bandar.
* selain itu ia secara tak langsung mengenepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar perlembagaan negara
* Pelaksanaan PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152 perlembagaan persekutuan berhubung Status Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia -China Universiti Pengajian Asia Beijing ,Prof. Dr. Awang Sariyan berkata

* Mahathir membuat keputusan pelaksanaan PPSMI tanpa sebarang kajian atau projek perintis berkala kecil dibuat
* Hujah Tun bahawa Bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk memguasai sains dan teknologi tidak boleh dipakai kerana cendikiawan berbangsa Arab menguasai bahasa Greek dan menterjemahkan segala ilmu sains dan teknologi dalam bahasa Greek sebelum diajar kepada Arab dalam bahasa Arab !!
* Beliau menekankan perbezaan makna antara memeplajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk PnP adalah dua perkara yang berbeza.

Bekas Pensyarah Jabatan Matematik Pusat Pengajian Kuantiataif UKM , yang juga pernah menganggotai sekumpulan pakar bahasa , matematik dan sains yang berperanan menukarkan istilah sains dan matematik dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ,Dr. Shaharir Mohamad
Zain berkata :

* bukan pelajar Melayu sahaja yang tak bolehh menguasai BI , tetapi juga melibatkan kaum cina . Menurut beliau hanya 2 % daripada pelajar kaum cina menjawab sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
* "Gejala" PPSMI turut "menjangkiti" IPT apabila terdapat ura-ura untuk menukarkan bahasa pengantar di Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya kepada bahasa Inggeris.
* ketika ditanya adakah jika dasar ini tidak diteruskan , adakah kita akan terlambat untuk membetulkan keadaan kepada yang sepatutnya, beliau menjawab perjuangan kebudayaan ini tidak pernah terlambat bila-bila masa . Tambahnya lagi , sudah banyak negara yang terlanjur berpuluh-puluh tahun . baru sekarang sedar tentang kepentingan bahasa mereka sendiri.


Seorang pembaca , Ali Bukhari Amir berkata :

* tiada teori yang menyebutkan bahawa kaedah mengajar sains dan matematik dalam BI akan menyebabkan anak-anak akan menguasai BI dengan baik
* beliau turut mengimbas kembali apabila Dr. Mahathir dan pejuang bangsa bersetuju menubuhkan UKM untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar , kita melahirkan ramai doktor, teknokrat dan jurutera yang mendapatkan ijazah tanpa sebarang masalah.

Seorang pembaca , Md Noor Salleh memberi cadangan

* supaya pelaksanaan PPSMI perlulah dikaji secara komprehensif untuk mendapatkan hasil yang konkrit
* dalam pelaksanaan dasar pula eloklah dibuat kajian secara mendalam dan menyeluruh sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan
* beliau turut menekankan bahawa ketika pelajar berada di pra-sekolah dan sekolah rendah , bahasa Melayu ataupun bahasa ibunda merupakan bahasa pengantar yang paling sesuai digunakan dalam sebarang pembelajaran .

A. Aziz Deraman dalam Ruangan pendapatnya yang panjang berpendapat :

* PPSMI membawa malang kepada bbahasa negara kerana Bhasa melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu yang kuat
* rakyat marhaen desa yang dhaif , tidak cukup kelengkapan , tidak cukup guru mahupun peralatan secara sendirinya kan tertindas akibat pelaksanaan PPSMI ini.
* menurut beliau kalau Malaysia mahukan sebuah bangsa yang bersatu menjelang tahun 2020 , maka pendidikan merupakan wahana utamanya.
* Indonesia , Thailand bahkan negara yang bermasalah seperti Myanmar dan Kmeboja Masih kekal jati diri bangsanya dengan bahasa kebangsaan nusa bangsa sendiri
* menurut beliau lagi , sesuatu perpecahan itu timbul akibat perbezaan nilai-nilai kehidupan di mana tiada "kesatuan" sesuatu di kalangan rakyat berbilang bangsa . dalam konteks ini : bahasa.
* pelaksanaan PPSMI ini secara halus menafikan keberkesanan dan kerelevanan beberapa dasar yang termaktub dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) melalui Penyata Razak 1956 , Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961.
* Oran luar bandar kebetulan pula Melayu dan bumiputera seolah-olah menjadi sumber eksperimentasi dalam sistem pendidikan.
* Pertubuhan -pertubuhan sukarela cina , Sique dan Dong Ziau Zhong akan selama-lamanya mempertahankan pendidikan melalui bahasa sendiri.

Tulisan oleh Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman , bekas Pengarah Urusan Malaysian Airline System (MAS) berkenaan undang-undang haruslah diperhati sungguh-sungguh.

* Pada pendapat beliau PPSMI adalah TIDAK SAH di SISI UNDANG-UNDANG kerana bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.
* Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undamg-undang dalam parlimen.
* Perkara 152 (6) menyebut perkra ini "maksud rasmi " ertinya apa-apa maksud kerajaan , samaada Kerajaan Persekutauanatau kerajaan Negeri , dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam .
* Mengikut Seksyen 17(1) Akta 550 berbunyi , bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pengajian lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada sub seksyen ini.


Sebenarnya banyak lagi pendapat-pendapat mahupun komen-komen daripada cendikiawan dan ahli akademik serta pejuang bahasa seperti Nik Safiah Karim , Hassan Ahmad, Ungku Aziz , Baharuddin Zainal , Abdullah Hassan , Ainuddin Whid dan banyak lagi nama-nama yang ana tak begitu mengenali mereka. Namun semua berdiri atas satu pendirian yang sama .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...