Powered By Blogger

SEMALAM


Salam Sejahtera semua... hari nie hamba nak kongsi satu wahana pandangan daripada pengalaman semalam. Pertamanya tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan kerana berjaya meraih piala Suzuki yang pertama kalinya dimiliki oleh pasukan Malaysia. Malam kelmarin hamba dengan kengkawan nih pergi la tengok bola dekat kedai mamak, pergh....ramai orang tuhh........ terfikir jugak la kenapa kat dalam surau waktu maghrib tadi tak macam nie.....huhuhu...... di situ dah nampak semangat islam kureng sikit kan dalam diri umat sekarang.... sama-samalah kita baiki apa yang kurang tu.

Nak dijadikan cerita, ada la seorang hamba Allah nie duduk depan hamba. fuh.....mula perlawanan bola sampai habis, hamba rasa hamba tengok asap je...bukan tengok bola daaaa......mana taknya, abis sebatang rokok, sebatang lagi dia rembat...sebelah dia pulak anak kesayangan dia....tak la comei sangat pon tapi hensem la jugak.hahaha....si ayah nie akrab sangat dengan si anak yang umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Bukan main semangat lagi tengok bola. Tapi yang jadi masalahnya, si ayah nie suka keluarkan kata-kata kesat depan si anak nie.....atoyaiii......ini bulih mempengaruhi anak nyer punnn (eric yang cakap)....huuu.... So, nasihat hamba kepada ibu bapa, jadilah role model yang terbaik untuk anak-anak walau apa jua situasinya.

Lepas tu plak, ada pulak dua tiga pakcik-pakcik yang agak veteran nie menunjukkan bakat-bakat terpendam dalam meng"EJAS" awek-awek yang lalu lalang tepi kedai mamak tue....fuh...kalah yang muda-muda nie....haha. Nak buat macam mana, diorang nak pegi pasar malam....so, hentam saja laaa.....kalau kita tegur kompem lebam biji mata....huhu. Yang paling bangga semalam, ramai yang menunjukkan bakat sebagai pengkritik, pengulas dan penilai perlawanan bola sepak. Tak sangka ramai rupanya yang setanding dengan Dato Hasbullah Awang.hehehe.....

Namun, ada baik ada buruknya, ada pro dan ada kontranya. Pemain bola sepak tempatan telah menunjukkan kematangan dan kewibawaan mereka dalam menjulang kejuaraan semalam. Para penyokong pula masih tegar menunjukkan semangat 1 malaysia dan sentiasa memberikan sokongan yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Jadi, yang buruk sama-samalah kita ubah kepada yang lebih baik. Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...