Wasiat Nabi Muhammad s.a.w Ketika Terjadi Fitnah

Petaka dan bencana yang akan terjadi pada akhir zaman adalah sangat berat. Muslim merekodkan kata-kata Nabi, “Beribadah pada zaman yang penuh dengan kekacauan itu seperti hijrah kepada ku.” Bahkan pada waktu itu orang yang hidup mahu supaya kematian segera menjemputnya. 

Ketika berbagai-bagai fitnah terjadi, Nabi Muhammad s.a.w berwasiat seperti berikut : 

a. Jangan Mendekati Fitnah

Ketika fitnah terjadi, hendaklah orang yang mahu selamat tidak mendekatinya. Abu Daud merekodkan, Nabi berkata sambil menjalin jari-jemari beliau, “bagaimana kalau kamu hidup di tengah-tengah manusia yang buruk, yang sudah rosak perjanjian-perjanjian serta amanat-amanat  mereka? Mereka saling berselisihan dan terus-menerus dalam keadaan begitu?”

Abdullah bertanya, “jadi, apa yang tuan mahu kami lakukan?”

Nabi menjawab, “ duduk diamlah dalam rumahmu, begitu juga keluargamu dan tahanlah lisanmu. Ambillah apa yang kamu ketahui dan tinggalkanlah apa yang kamu ingkari. Buatlah urusanmu sendiri dan tinggalkanlah urusan manusia umum.”

 

b.  Taat Kepada Pemimpin

Ketika para pemimpin muslim berbuat zalim dan tiada sesiapa yang mampu menghalangnya, hendaklah kita tetap mentaatinya. Huzaifah bin Al-Yaman dalam hadis Muslim merekodkan Nabi Muhammad s.a.w berkata, “akan muncul sesudahku para pemimpin yang tidak melakukan sesuatu sesuai dengan petunjukku serta tidak mengikuti sunnahku. Di tengah-tengah mereka akan lahir generasi yang hati mereka adalah hati-hati syaitan dalam jasad manusia.”

Huzaifah bertanya, “Wahai rasul Allah, apakah yang mesti saya lakukan apabila saya berdepan keadaan seperti itu?”

Nabi menjawab, “dengarkan dan taati perintah, meskipun punggungmu terpaksa disebat dan hartamu dirampas.” 

c. Bersabar

Salah satu cara menghadapi pelbagai fitnah dan bencana yang terjadi pada akhir zaman adalah dengan bersabar. Al-Hakim merekodkan pesanan nabi Muhammad s.a.w, katanya, “wahai Abu Zar, bagaimana jika saudara hidup di tengah-tengah keburukan dan kejelekan?” Beliau pun menjalin jari-jemari tangannya.
Abu Zar bertanya, “apakah yang tuan mahu saya lakukan, wahai rasul Allah?”

Nabi menjawab, “bersabarlah, bersabarlah. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak-akhlak mereka dan bantahlah amalan-amalan mereka.”

Dalam rekod Ahmad, Khalid bin Urfathah memberitahu pesanan Nabi Muhammad s.a.w mengenai cara-cara menangani fitnah pada akhir zaman. Nabi Muhammad s.a.w berkata, “wahai Khalid. Sepeninggalanku nanti akan terjadi pelbagai peristiwa, fitnah, perpecahan dan perselisihan. Apabila hal itu terjadi dan sekiranya saudara sanggup menjadi hamba Allah yang terbunuh dan bukan yang membunuh, maka lakukanlah.”

[Sumber : Bencana Akhir Zaman : Berpandukan Al-Quran & Hadis - Fahrur Muis]

Demikianlah pesanan dan wasiat Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya. Oleh itu, wajiblah kita memupuk dan bermuhasabah diri mengenai keadaan diri kita mutakhir ini. Bagaimana sekiranya Rasulullah s.a.w tiba-tiba ada dengan masyarakat kita sekarang. Sudah pasti baginda menangis melihat umatnya berpecah belah dalam soal yang remeh-temeh sedangkan musuh-musuh Islam bahagia mengambil kesempatan atas keadaan ini. Apalah guna kewujudan parti-parti politik, perjuangan yang dipupuk selama ini, UMNO, PAS, PKR dan lain-lain parti sedangkan kesedaran ummah tiada. Masing-masing menegakkan kebenaran perjuangan masing-masing sehingga sanggup bermusuh dengan saudara seagama...

Mana perginya kesedaran orang yang banyak ilmu agama untuk membimbing, yang kurang ilmunya membuka minda untuk belajar, saling menghormati sesama sendiri dan sayang akan agama. Semangat dengan perjuangan agama tidak salah, apa yang salah ialah taksub dengan kumpulan yang jelas ketika ini. Ada yang sokong parti berhaluan Islam tetapi diri pun masih terumbang - ambing dalam melaksanakan rukun iman dan rukun Islam. Ada pula yang menyokong parti sebaliknya, dan menutup pintu hati menerima apa yang benar dan membaiki apa yang salah. Sama-sama kita tanya diri kita. Hal ini akan menjadikan agama sebagai bahan perjuangan dan masyarakat yang tidak bersalah sebagai mangsa keadaan. Pesanan dan wasiat Nabi Muhammad merupakan penawar bagi masalah ini. Bukan bermakna berdiri di atas pagar, tetapi kesedaran untuk memelihara agama dalam diri juga merupakan jihad terbesar di sisi Allah s.w.t.  Wallahualam.

Angka 2012 dalam Al-Quran?

PENYELIDIKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.


Penemuan 2012 dalam al-Quran


Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;



13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77





dan jumlahnya :



13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433


merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

[sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h]



Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.





Apakah Peristiwa Itu?



Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.

"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ


These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ


Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.


//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)


Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
(
سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Tokoh Islam yang Digelapkan dalam Sejarah oleh BaraT

Aurangzeb, namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam. Kita mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah.

Kata para orientalis dan kebanyakan sejarawan dunia, beliau adalah tokoh yang kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Disebabkan itu, kebanyakan kita menjadi salah seorang dari ribuan orang yang menyanjungi Akbar The Great, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mughal di India.

Akbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat. Malah beliau adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.

Kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi, iaitu agama campuran antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Beliau juga terlalu memberi muka kepada penentang Islam dengan menarik semula pembayaran Jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan.

Sembahyang dan puasanya banyak. Beliau mengharamkan kembali peminuman arak, nyanyi-nyanyian, tarian dan gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mughal. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa.

Satu ketika, peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mughal dengan kerajaan Hindu Mahrata di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir.

Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh.

Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Islam Mughal dan ini sudah tentu akan membahayakan semua umat Islam di India. Tetapi bagaimana caranya?


Bagaimana dan apakah yang harus dibuat untuk menghadapi tentera musuh yang menggunakan kekuatan sihir ini?

Aurangzeb adalah seorang raja yang sangat soleh. Beliau yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa juga keadaan. Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap senjata yang hendak dibawa bertempur, digantungnya sehelai kain yang bertulis.

Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tiada siapa yang dibenarnya membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya.

Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Apabila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada pada senjat, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan yang ada pada kain itu hanya perkataan:

Bismillah!

Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik. Segala bentuk hiburan selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras.

Tentunya menimbulkan kejutan yang amat sangat dikalangan pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati pemerintah-pemerintah sebelumnya.

Namun bagi Aurangzeb yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk yang haram tetap haram walau disukai ramai. Malah pada muzik membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta masyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah).”

Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dikalangan pemuzik-pemuzik dam mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. Untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.

Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sesuatu keranda yang besar untuk dibawakan dalam perarakan. Dalam keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik di dalam negara India ketika itu sungguh banyak.

Pada hari yang ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai. Sambil berarak meraka menangis tersedu-sedu. Tangisan ini bergema diseluruh negara menghasilkan satu suasana yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik-pemuzik. Keranda besar itu turut di usung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb. Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”

Orang pun memberi penjelasan bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik. Aurangzeb pun berkata, “Kata kan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikannya kerana aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau bangkainya!”

Jawapan ini sangat tepat dan tegas. Ahli-ahli muzik yang mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, beliau sedar itulah cara untuk menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan neraka di akhirat nanti. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya dipadang Masyhar nanti terhadap apa yang dilakukan pada rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu selalunya ubat.

Beliau selalu menangis apabila mendengar nasihat dari alim-ulama. Dia juga sangat serius bila mendengar tarbiyah daripada ulama-ulama tasawuf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. 



Walaupun istana kerajaan Mughal indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada di situ apabila menjalankan tugas-tugas rasmi. Rumahnya yang sebenar ialah rumah kecil yang sederhana.

Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Dalam menegakkan satu kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum-hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya.

Pada beliau, pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah ialah siapa sahaja yang kuat berpegang pada hukum Allah. Dalam masa pemerintahannya juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah terdahulu.

Dengan tegasnya beliau telah menukar nama kota Benares kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai khutbah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya bila hasil pendapatan negara meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintahan Akbar.

Inilah antara usaha kecilku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni oleh sejarah tulisan para orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mengecualikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Sedangkan pada kita Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya mujahid yang bertaqwa.

Aurangzeb merupakan raja yang keras dalam pemerintahannya namun dalam Islam adakalanya memerlukan orang-orang keras supaya Islam dapat ditegakkan. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al-Farouq yang terkenal tegas itu serta Umar ibn Abdul Aziz yang terkenal dgn kewarakannya. Dan mereka inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati kehendak Allah melalui firman-Nya:

“Muhammad Rasulullah dan orang-orang besertanya, sangat keras dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang sesama mereka(umat Islam).”

Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh Aurangzeb dengan kata-katanya,

“Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta pada agama semata-mata!”

Jasa-jasa Raja Aurangzeb

1. Menyatupadukan kembali seluruh daerah yang sudah lemah.

2. Empayar Moghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India.

3. Menghapuskan saki baki ajaran Din-I-Ilahi yang diteruskan oleh Dara Shikuh.

4. Mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Islam kerana dasar-dasarnya hendak mengukuh dan menegakkan Islam, hingga timbul anggapan terhadapnya sebagai 'Wali Keramat'.

5. Mengadakan satu jabatan khusus untuk mengawal akhlak kaum muslimin.

6. Mengharamkan judi, arak dan sebagainya serta masjid-masjid dibina dan diperbaiki tempat-tempat ibadat

7. Mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada kerajaan-kerajaan Islam lain, dan mendapat penghormatan sebagai pengganti Bani Abbasiyyah.

8. Menyusun Fatwa-I-Alamgiri (mazhab Hanafi) yang diilhamkan dari Syeikh Ahmad



Al Qur'an yang ditulis sendiri oleh Aurangzeb
Anda boleh lihat link-link yang saya sertakan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Kerajaan India serta dunia memburukkan nama Aurangzeb hanya sebab dasar agama Islam yang dibawanya. Sememangnya inilah tujuan para orientalis yang bersekongkol dengan musuh Islam mahukan. Nama pemimpin soleh yang dapat mengubah dunia seboleh-bolehnya disampahkan dan digelapkan agar tidak dikenali dunia terutamanya dunia Islam itu sendiri.


The 27 Year War That Changed Course Of Indian History
Military: Aurangzeb
Ancient Indian Weaponry
Aurangzeb’s rule and his treatment of the Hindus



Sesungguhnya sejarah itu dapat mengubah dunia, disebabkan itulah kita harus mengkaji dan membersihkan sejarah-sejarah Islam yang sengaja digelapkan oleh musuh-musuh agama Allah. Jika para sejarawan menyatakan seseorang individu itu jahat, maka seluruh dunia juga akan mengatakan begitu. Itulah taktik puak-puak kuffar terutamanya yahudi zionis untuk memburukkan nama Islam di mata dunia. Sedihnya, orang-orang Islam pula hanya mengangguk-angguk kepala setuju dengan apa sahaja yang mereka katakan. Wallahualam.


Semoga Allah Merahmati Abu Mahyuddin Aurangzeb Alamgir.

Permintaan Iblis yang Dikabulkan Allah S.W.T



Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT.

Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah.

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?

Syaitan : 10 perkara.

Nabi Muhammad : Apa perkaranya?

Syaitan : -

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia,
Allah mengizinkan.

Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji setan kecuali tipuan.” (Al-Isra :64)
“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar dapat ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai kitabku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.



8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman;
“Orang -orang boros adalah saudara – saudara syaitan. ” (Al-Isra : 27).

9. Aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia akan bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai Muhammad, aku tidak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, tidak akan tertinggal seorangpun…!!!

Sebagaimana dirimu, kamu juga tidak boleh memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus bergaduh kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” ( Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini terakhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. dan aku tak berbohong.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...