Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah .S.W.T. [Edisi 3]


بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :

Ingatlah wahai Saudara & Saudariku sekalian , janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah A'zzawajalla , sesungguhnya dialah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat . Dialah Tuhan Pencipta Langit dan Bumi , Tuhan Yang Agung Pemilik Arsy Yang Mulia serta Tuhan Yang Maha Penerima keampunan dan kemaafan dari semua hamba-hambanya yang bertaubat kepada-Nya . Yang peliknya , orang yang membunuh diri kini berleluasa di dunia ini begitu juga di negara Malaysia , Nau'zhubillah , adakah mereka tidak sedar bahawa mereka itu telah murtad , dan juga mendapat laknat Allah . Demi Allah saya katakan bahawa jasad orang yang membunuh diri ini diharamkan shalat jenazah untuknya dan diharamkan dikuburkan di tempat orang-orang Muslimin . Jangan sesekali kita berniat untuk membunuh diri kerana Allah murka dan melaknat orang tersebut serta nerakalah ia selama-lamanya tanpa mempunyai maghfirah dan belas kasihan dari Allah ketika di akhirat . Istighfarlah kepada Rabb kita dan bertaubatlah ...Jangan bersedih ...Janganlah putus asa dari Rahmat Allah...sesungguhnya binasalah ia...

Sesungguhnya Allah A'zzawajalla berfirman :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah :"Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(QS.Az-Zumar :53)


Dalam ayat ini , Ibnu Kathir Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu Abbas RA. :'Allah .s.w.t. mengajak orang-orang yang mengatakan bahawa Nabi I'sa A'laihissalam adalah Allah kepada pengampunan-Nya . Demikian juga orang yang mengatakan I'sa dan U'zair (I'sa adalah Putera Allah & Allah bagi kaum Nasrani , U'zair adalah putera Allah dan Allah bagi kaum Yahudi) Allah itu miskin , tangan Allah terbelenggu dan Allah adalah tiga . Allah .S.W.T. berfirman kepada mereka :

أَفَلاَ يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang ." (QS.Al-Maidah:74)

 Selain itu , Allah juga mengajak kepada pengampunan-Nya orang yang lebih keji perkataannya dari mereka , iaitu orang yang kerata :

أَنَا رَبُّكُمُ الأَعْلَى
"...Akulah Rabb-Mu yang paling tinggi (QS.An-Nazi'at:24)

Demikian pula orang yang berkata :

مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرِي .....
"...Aku tidak mengetahui ilah bagimu selain aku...".(QS.Al-Qasash: 38)

Ibnu A'bbas berkata : "Barangsiapa yang putus asa terhadap taubat setelah ayat ini maka dia telah mengingkari firman Allah Subbhanahu Wa Ta'ala". Kitab Taubah Al-Hadiqatik Al Awwali hlm.41 dan Ibid . (Karangan Sheikh Ibrahim al-Hamd)

Dalam surah az-Zumar , pada ayat yang telah disebutkan , Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah al-Harrani Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Tidak pantas bagi siapa pun untuk berputus asa dari Rahmat Allah dan jangan pula salah seorang menjadikan orang lain berputus asa dari rahmat-Nya".

Oleh sebab itu , beberapa Ulama Salaf Shalih berkata :"Sesungguhnya orang yang paling pandai adalah orang yang tidak membuat orang lain merasa putus asa dari rahmat Allah dan tidak pula membuat mereka berani untuk bermaksiat kepada-Nya .
Mari kita melihat contoh sebuah filem "The Haunted Mansion (2003)" yang dilakonkan oleh Eddie Murphy yang merupakan idola saya sendiri . Semasa beliau sendiri untuk memecahkan cermin di rumah besar tersebut demi menyelamatkan anak-anaknya dan isterinya sehinggakan cermin itu tidak pecah walaupun beliau cuba berbanyak kali namun tidak berhasil . Dan beliau akhirnya berputus asa dan menyesal serta tersilap langkah . Tetapi beliau ditegur oleh benda bulat atau dikenali sebagai Madame Leota supaya jangan berputus asa kerana orang yang berjaya itu adalah orang yang tidak berputus asa ,"katanya . Akhirnya Eddie Murphy itu mencuba sekali lagi untuk memasuki dalam rumah tersebut , namun beliau telah berjaya dan dapat menyelamatkan keluarganya sendiri . Kita patut mengambil iktibar dari cerita ini supaya kita juga jangan menjadi berpustus asa dari rahmat Allah & perlu istighfar apabila melakukan kesalahan .

Banyak orang yang berputus asa ini meyakini bahawa Allah tidak akan mengampuni dosanya kerana ia yakin Allah pasti tidak akan menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya apabila ia bertaubat . (WAHAI AKHI & UKTI , tidak sama sekali Allah itu Zhalim & Kejam....pintu Taubat masih terbuka...mohonlah maghfirah/keampunan dari-Nya kerana Syurgalah bagi mereka yang bertaubat)...Termasuk pula dengan mengatakan bahawa dirinya tidak akan mampu bertaubat , bahkan ia akan kalah serta tidak bersama dengan orang yang bertaubat kerana syaitan telah menguasai dirinya . Orang yang berputus asa untuk bertaubat walaupun mengetahui bahawa Allah akan menerima taubatnya apabila ia bertaubat . Inilah yang banyak memperdaya manusia...
(At-Taubah wal -Istighfar karya Ibnu Taimiyyah , tahqiq Muhammad al-Hijjaji & Abdullah Badrani (hlm.27-28) , Lihat juga kitab al-Istiqomah karya Ibnu Taimiyyah (II/190) )

Diakhiri dengan taubat kepada-Nya dengan du'a (Amalkan , InsyaAllah akan diterima oleh Allah Rabbul A'lamin) :

 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ   127
"Ya Rabb kami , terimalah (amal) dari kami , sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ."

 128           وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
 " DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI , Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Penyanyang". (QS.Al-Baqarah : 127 hingga 128)

Wallahu'allam...

Yang Mana Satu???










Hamba terjumpa satu artikel yang amat-amat menarik perhatian hamba ketika melayari web sebentar tadi mengenai satu isu yang tidak asing lagi dalam arena politik dan sosiobudaya Malaysia, BERSIH 3.0. Pelbagai pendapat dan hujah daripada kedua-dua belah pihak dapat kita hayati namun, perlu penelitian yang mendalam supaya dapat melihat yang hak dan bukannya yang batil. Justeru, hamba dengan merendah hati, ingin berkongsi ssesuatu dan harap tidak dicemari dengan prasangka kerana dakwah adalah kewajipan setiap ummah.Wallahualam.



Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0


Bismillah....


Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."


Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)


Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)


“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).


Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya


*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari pemerintah ?


1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam
Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara ?


Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum mengharapkan orang lain berubah – pakar motivasi



Ada sebahagian kata pihak ini tidak betul dan zalim, ada yang kata pihak sana yang tak betul dan zalim, malah, yang tidak ikut serta dalam perarakan BERSIH juga ada dilabel sebagai pengecut dan tali barut. Pada pandangan hamba, kita kini di akhir zaman. Justeru, perkara-perkara yang membawa kepada perpecahan umat Islam akan sering terjadi dan dimanipulasi oleh kafir-kafir laknatullah. Oleh itu, berhati-hati dan bersiap siagalah dari segi ilmu, rohani, mental dan fizikal akan cabaran-cabaran ini. Pelbagai huru-hara akan dicetuskan dan akan berlaku. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w telah memberi amaran dan peringatan mengenai fitnah-fitnah dunia di akhir zaman... Apakah langkah yang terbaik? banyak yang diajarkan oleh baginda antaranya;

Dari Abu Hurairah. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Akan terjadi huru-hara, di mana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Barangsiapa mendekatinya, maka huru-hara itu akan menariknya lebih dekat. Maka dari itu, barangsiapa mendapatkan di sana suatu benteng atau tempat berlindung lainnya, maka berlindunglah di situ.”  

Selain itu,  Abu Daud meriwayatkan dari Wabisah bin Ma’bad Al-Asadi, dari Ibnu Mas’ud r.a. dia berkata: “Pernah saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda - lalu Ibnu Mas’ud menyebut sebahagian hadith seperti yang diriwayatkan dari Abu Bakrah - dan selanjutnya bersabda pula, ‘Semua yang terbunuh dalam huru-hara itu masuk neraka.”

Dalam hadith itu Wabisah mengatakan, “Saya bertanya, ‘Bilakah perkara itu terjadi. wahai Ibnu Mas’ud?”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Itulah zaman rusuhan, di mana seseorang lelaki tidak berasa selamat terhadap teman duduknya.
Saya bertanya: “Kalau begitu, apa yang anda perintahkan kepadaku, jika aku melalui zaman itu?”

Tahanlah lidah dan tanganmu,” jawab Ibnu Mas’ud r.a. menyarankan : “Jadilah salah seorang yang betah menetap dalam rumah.”

Wabisah bercerita: “Ketika Uthman r.a. terbunuh, maka terbanglah hatiku tinggi-tinggi, lalu aku memacu kenderaanku sehingga aku tiba di Damaskus. Di sana aku menemui Huraim bin Fatik Al-Asadi. Lalu dia bersumpah, ‘Demi Allah. Yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku benar-benar telah mendengar berita itu dari Rasulullah s.a.w.’”

Itulah serba sedikit yang dapat hamba kongsikan kepada saudara sekalian. Terlalu dhaif diri ini untuk menghakimi siapa yang benar dan siapa yang salah, namun, panduan dari Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak harus kita ketepikan kini kerana umur dunia sudah hampir tiba. Justeru, bersatulah dalam Jemaah. Pegangan kita Al-Quran dan As-sunnah. Tidak patut kita memerangi saudara seagama dan mengikut cucukan kafir laknatullah. Hanya dengan bersatu padu, kita mampu mengubah segalanya. Tidak perlu mengikut jejak langkah umat terdahulu dan keadaan huru-hara di Timur Tengah mahupun Barat kerana di sana rusuhan bukanlah sesama saudara, tetapi menentang kafir laknatullah, tali barut agama kita dan puak-puak Syiah, khawarij dan sebagainya.Wallahualam.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith sahih dari Abdullah bin Mas’ud r.a. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Islam bermula merupakan sesuatu yang asing, dan akan kembali menjadi asing seperti asal. Maka berbahagialah orang-orang yang asing. Rasulullah s.a.w ditanya, ‘Siapakah orang-orang yang asing itu?’ Baginda menjawab, ‘Kabilah-kabilah yang jauh (terasing).’”

~Wallahualam~

*Sebarang gambar yang merujuk peristiwa tidak disiarkan kerana takut ianya fitnah.

*Sumber :
·         InsanInsanPendakwah.Blogspot
·         Ibnu Katsir. Huru Hara Hari Kiamat.
·         Utusan Melayu & Harakah

Jangan Berputus Asa dari Rahmat Allah S.W.T [edisi 2]


Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)

Ayat di atas jika diperhatikan dengan teliti. Akan dapat dirasai betapa lembutnya Allah ‘azzawajalla memujuk kita agar tidak putus asa dengan rahmatnya. Ketika mana kita melampaui batas dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah ‘azzawajalla.Tiba-tiba dengan lembut Allah ‘azzawajalla menyapa dengan firmannya

“la taqnatu min rahmatillah, innallaha yaghfiru zunuuba jamii'a” 

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Bahkan bukan itu sahaja. Malah Allah ‘azzawajalla menegaskan sekali lagi sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-hafiz Ibnu Katsir RH(wafat 774H) dalam tafsirnya menyebut berkenaan ayat ini,
Ayat yang mulia ini merupakan ajakan kepada semua pelaku ma'siat di antara orang-orang kafir dan selain mereka untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.[1]

Saudara-saudariku,

Kita semua tidak akan pernah sunyi dari melakukan dosa. Samada sengaja ataupun tidak.Maka, di saat kita tergelincir dari landasan syari'at.Segeralah kembali kepada Allah. Ketahuilah, Dia sentiasa ada untuk mengampuni. Tidak kira dosa itu setinggi awan dilangit atau sebesar dunia.Firman Allah 'azzawajalla dalam hadis qudsi riwayat Imam at tirmizi RH(wafat 279H).

 "wahai anak adam, sekirannya engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku,akan aku ampuni.[2]

Imam Tirmizi RH berkata, hadis ini hasan shahih. Wallahu'alam.
--------------------
[1] Tafsir ibnu katsir, pustaka imam asy-syafi'i, jilid ke 8,
[2] Hadis ke 42 Arba'in An nawawiyyah, Allah pengampun segala dosa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...