Powered By Blogger

Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah .S.W.T. [Edisi 3]


بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :

Ingatlah wahai Saudara & Saudariku sekalian , janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah A'zzawajalla , sesungguhnya dialah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat . Dialah Tuhan Pencipta Langit dan Bumi , Tuhan Yang Agung Pemilik Arsy Yang Mulia serta Tuhan Yang Maha Penerima keampunan dan kemaafan dari semua hamba-hambanya yang bertaubat kepada-Nya . Yang peliknya , orang yang membunuh diri kini berleluasa di dunia ini begitu juga di negara Malaysia , Nau'zhubillah , adakah mereka tidak sedar bahawa mereka itu telah murtad , dan juga mendapat laknat Allah . Demi Allah saya katakan bahawa jasad orang yang membunuh diri ini diharamkan shalat jenazah untuknya dan diharamkan dikuburkan di tempat orang-orang Muslimin . Jangan sesekali kita berniat untuk membunuh diri kerana Allah murka dan melaknat orang tersebut serta nerakalah ia selama-lamanya tanpa mempunyai maghfirah dan belas kasihan dari Allah ketika di akhirat . Istighfarlah kepada Rabb kita dan bertaubatlah ...Jangan bersedih ...Janganlah putus asa dari Rahmat Allah...sesungguhnya binasalah ia...

Sesungguhnya Allah A'zzawajalla berfirman :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah :"Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(QS.Az-Zumar :53)


Dalam ayat ini , Ibnu Kathir Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu Abbas RA. :'Allah .s.w.t. mengajak orang-orang yang mengatakan bahawa Nabi I'sa A'laihissalam adalah Allah kepada pengampunan-Nya . Demikian juga orang yang mengatakan I'sa dan U'zair (I'sa adalah Putera Allah & Allah bagi kaum Nasrani , U'zair adalah putera Allah dan Allah bagi kaum Yahudi) Allah itu miskin , tangan Allah terbelenggu dan Allah adalah tiga . Allah .S.W.T. berfirman kepada mereka :

أَفَلاَ يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang ." (QS.Al-Maidah:74)

 Selain itu , Allah juga mengajak kepada pengampunan-Nya orang yang lebih keji perkataannya dari mereka , iaitu orang yang kerata :

أَنَا رَبُّكُمُ الأَعْلَى
"...Akulah Rabb-Mu yang paling tinggi (QS.An-Nazi'at:24)

Demikian pula orang yang berkata :

مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرِي .....
"...Aku tidak mengetahui ilah bagimu selain aku...".(QS.Al-Qasash: 38)

Ibnu A'bbas berkata : "Barangsiapa yang putus asa terhadap taubat setelah ayat ini maka dia telah mengingkari firman Allah Subbhanahu Wa Ta'ala". Kitab Taubah Al-Hadiqatik Al Awwali hlm.41 dan Ibid . (Karangan Sheikh Ibrahim al-Hamd)

Dalam surah az-Zumar , pada ayat yang telah disebutkan , Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah al-Harrani Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Tidak pantas bagi siapa pun untuk berputus asa dari Rahmat Allah dan jangan pula salah seorang menjadikan orang lain berputus asa dari rahmat-Nya".

Oleh sebab itu , beberapa Ulama Salaf Shalih berkata :"Sesungguhnya orang yang paling pandai adalah orang yang tidak membuat orang lain merasa putus asa dari rahmat Allah dan tidak pula membuat mereka berani untuk bermaksiat kepada-Nya .
Mari kita melihat contoh sebuah filem "The Haunted Mansion (2003)" yang dilakonkan oleh Eddie Murphy yang merupakan idola saya sendiri . Semasa beliau sendiri untuk memecahkan cermin di rumah besar tersebut demi menyelamatkan anak-anaknya dan isterinya sehinggakan cermin itu tidak pecah walaupun beliau cuba berbanyak kali namun tidak berhasil . Dan beliau akhirnya berputus asa dan menyesal serta tersilap langkah . Tetapi beliau ditegur oleh benda bulat atau dikenali sebagai Madame Leota supaya jangan berputus asa kerana orang yang berjaya itu adalah orang yang tidak berputus asa ,"katanya . Akhirnya Eddie Murphy itu mencuba sekali lagi untuk memasuki dalam rumah tersebut , namun beliau telah berjaya dan dapat menyelamatkan keluarganya sendiri . Kita patut mengambil iktibar dari cerita ini supaya kita juga jangan menjadi berpustus asa dari rahmat Allah & perlu istighfar apabila melakukan kesalahan .

Banyak orang yang berputus asa ini meyakini bahawa Allah tidak akan mengampuni dosanya kerana ia yakin Allah pasti tidak akan menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya apabila ia bertaubat . (WAHAI AKHI & UKTI , tidak sama sekali Allah itu Zhalim & Kejam....pintu Taubat masih terbuka...mohonlah maghfirah/keampunan dari-Nya kerana Syurgalah bagi mereka yang bertaubat)...Termasuk pula dengan mengatakan bahawa dirinya tidak akan mampu bertaubat , bahkan ia akan kalah serta tidak bersama dengan orang yang bertaubat kerana syaitan telah menguasai dirinya . Orang yang berputus asa untuk bertaubat walaupun mengetahui bahawa Allah akan menerima taubatnya apabila ia bertaubat . Inilah yang banyak memperdaya manusia...
(At-Taubah wal -Istighfar karya Ibnu Taimiyyah , tahqiq Muhammad al-Hijjaji & Abdullah Badrani (hlm.27-28) , Lihat juga kitab al-Istiqomah karya Ibnu Taimiyyah (II/190) )

Diakhiri dengan taubat kepada-Nya dengan du'a (Amalkan , InsyaAllah akan diterima oleh Allah Rabbul A'lamin) :

 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ   127
"Ya Rabb kami , terimalah (amal) dari kami , sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ."

 128           وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
 " DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI , Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Penyanyang". (QS.Al-Baqarah : 127 hingga 128)

Wallahu'allam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...