Katakanlah (wahai
Muhammad) : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)
Ayat di atas jika
diperhatikan dengan teliti. Akan dapat dirasai betapa lembutnya Allah
‘azzawajalla memujuk kita agar tidak putus asa dengan rahmatnya. Ketika mana
kita melampaui batas dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah
‘azzawajalla.Tiba-tiba dengan lembut Allah ‘azzawajalla menyapa dengan
firmannya
“la taqnatu min rahmatillah, innallaha yaghfiru zunuuba jamii'a”
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa. Bahkan bukan itu sahaja. Malah Allah ‘azzawajalla
menegaskan sekali lagi sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
Al-hafiz Ibnu Katsir
RH(wafat 774H) dalam tafsirnya menyebut berkenaan ayat ini,
Ayat yang mulia ini
merupakan ajakan kepada semua pelaku ma'siat di antara orang-orang kafir dan
selain mereka untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.[1]
Saudara-saudariku,
Kita semua tidak akan
pernah sunyi dari melakukan dosa. Samada sengaja ataupun tidak.Maka, di saat
kita tergelincir dari landasan syari'at.Segeralah kembali kepada Allah.
Ketahuilah, Dia sentiasa ada untuk mengampuni. Tidak kira dosa itu setinggi
awan dilangit atau sebesar dunia.Firman Allah 'azzawajalla dalam hadis qudsi
riwayat Imam at tirmizi RH(wafat 279H).
"wahai anak adam, sekirannya
engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan aku ampuni apa yang telah
kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan
di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku,akan aku ampuni.[2]
Imam Tirmizi RH
berkata, hadis ini hasan shahih. Wallahu'alam.
--------------------
[1] Tafsir ibnu
katsir, pustaka imam asy-syafi'i, jilid ke 8,
[2] Hadis ke 42
Arba'in An nawawiyyah, Allah pengampun segala dosa
0 comments:
Post a Comment