Powered By Blogger

Yang Mana Satu???










Hamba terjumpa satu artikel yang amat-amat menarik perhatian hamba ketika melayari web sebentar tadi mengenai satu isu yang tidak asing lagi dalam arena politik dan sosiobudaya Malaysia, BERSIH 3.0. Pelbagai pendapat dan hujah daripada kedua-dua belah pihak dapat kita hayati namun, perlu penelitian yang mendalam supaya dapat melihat yang hak dan bukannya yang batil. Justeru, hamba dengan merendah hati, ingin berkongsi ssesuatu dan harap tidak dicemari dengan prasangka kerana dakwah adalah kewajipan setiap ummah.Wallahualam.



Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0


Bismillah....


Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."


Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)


Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)


“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).


Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya


*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari pemerintah ?


1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam
Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara ?


Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum mengharapkan orang lain berubah – pakar motivasi



Ada sebahagian kata pihak ini tidak betul dan zalim, ada yang kata pihak sana yang tak betul dan zalim, malah, yang tidak ikut serta dalam perarakan BERSIH juga ada dilabel sebagai pengecut dan tali barut. Pada pandangan hamba, kita kini di akhir zaman. Justeru, perkara-perkara yang membawa kepada perpecahan umat Islam akan sering terjadi dan dimanipulasi oleh kafir-kafir laknatullah. Oleh itu, berhati-hati dan bersiap siagalah dari segi ilmu, rohani, mental dan fizikal akan cabaran-cabaran ini. Pelbagai huru-hara akan dicetuskan dan akan berlaku. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w telah memberi amaran dan peringatan mengenai fitnah-fitnah dunia di akhir zaman... Apakah langkah yang terbaik? banyak yang diajarkan oleh baginda antaranya;

Dari Abu Hurairah. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Akan terjadi huru-hara, di mana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Barangsiapa mendekatinya, maka huru-hara itu akan menariknya lebih dekat. Maka dari itu, barangsiapa mendapatkan di sana suatu benteng atau tempat berlindung lainnya, maka berlindunglah di situ.”  

Selain itu,  Abu Daud meriwayatkan dari Wabisah bin Ma’bad Al-Asadi, dari Ibnu Mas’ud r.a. dia berkata: “Pernah saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda - lalu Ibnu Mas’ud menyebut sebahagian hadith seperti yang diriwayatkan dari Abu Bakrah - dan selanjutnya bersabda pula, ‘Semua yang terbunuh dalam huru-hara itu masuk neraka.”

Dalam hadith itu Wabisah mengatakan, “Saya bertanya, ‘Bilakah perkara itu terjadi. wahai Ibnu Mas’ud?”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Itulah zaman rusuhan, di mana seseorang lelaki tidak berasa selamat terhadap teman duduknya.
Saya bertanya: “Kalau begitu, apa yang anda perintahkan kepadaku, jika aku melalui zaman itu?”

Tahanlah lidah dan tanganmu,” jawab Ibnu Mas’ud r.a. menyarankan : “Jadilah salah seorang yang betah menetap dalam rumah.”

Wabisah bercerita: “Ketika Uthman r.a. terbunuh, maka terbanglah hatiku tinggi-tinggi, lalu aku memacu kenderaanku sehingga aku tiba di Damaskus. Di sana aku menemui Huraim bin Fatik Al-Asadi. Lalu dia bersumpah, ‘Demi Allah. Yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku benar-benar telah mendengar berita itu dari Rasulullah s.a.w.’”

Itulah serba sedikit yang dapat hamba kongsikan kepada saudara sekalian. Terlalu dhaif diri ini untuk menghakimi siapa yang benar dan siapa yang salah, namun, panduan dari Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak harus kita ketepikan kini kerana umur dunia sudah hampir tiba. Justeru, bersatulah dalam Jemaah. Pegangan kita Al-Quran dan As-sunnah. Tidak patut kita memerangi saudara seagama dan mengikut cucukan kafir laknatullah. Hanya dengan bersatu padu, kita mampu mengubah segalanya. Tidak perlu mengikut jejak langkah umat terdahulu dan keadaan huru-hara di Timur Tengah mahupun Barat kerana di sana rusuhan bukanlah sesama saudara, tetapi menentang kafir laknatullah, tali barut agama kita dan puak-puak Syiah, khawarij dan sebagainya.Wallahualam.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith sahih dari Abdullah bin Mas’ud r.a. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Islam bermula merupakan sesuatu yang asing, dan akan kembali menjadi asing seperti asal. Maka berbahagialah orang-orang yang asing. Rasulullah s.a.w ditanya, ‘Siapakah orang-orang yang asing itu?’ Baginda menjawab, ‘Kabilah-kabilah yang jauh (terasing).’”

~Wallahualam~

*Sebarang gambar yang merujuk peristiwa tidak disiarkan kerana takut ianya fitnah.

*Sumber :
·         InsanInsanPendakwah.Blogspot
·         Ibnu Katsir. Huru Hara Hari Kiamat.
·         Utusan Melayu & Harakah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...