Powered By Blogger

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.








Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.






Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri Gim,kelas taichi dan sebagainya.

Wallahualam.

Panduan Menyediakan Surat Iringan Untuk Memohon Pekerjaan


Apakah Surat Iringan - What is a Cover Letter ?

Surat Iringan bagi permohonan kerja adalah seperti penutup buku kepada mana-mana buku dan merupakan pengenalan menarik yang dilampirkan kepada resume anda dalam permohonan kerja. Dalam surat anda menjelaskan siapa anda dan mengapa anda menulis kepada pihak berkenaan yang akan membaca resume anda. Ia hanya sesuai untuk anda memperkenalkan diri anda apabila anda ingin memohon sesuatu daripada mereka dan dalam kes ini merujuk kepada satu temuduga.

A Cover letter to a job application is like the book cover to any books. A cover letter is the attention-grabbing introduction that is attached to your resume in a job application. In these letters you are explaining who you are and why you are writing to the person who is reading your resume. It is only proper for you to introduce yourself when you are requesting something of them, in this case, an interview.


Surat Iringan Perlu Padat & Ringkas - Cover Letters Should Be Brief and Simple

Pelu diingat bahawa pihak pemilih telah membaca begitu banyak resume memohon dengan hanya satu matlamat iaitu mereka hanya akan memilih beberapa calon yang paling sesuai dan berpotensi sahaja untuk ditemuduga. Surat Iringan perlulah padat dan ringkas dan tidak melebihi satu muka sahaja. Ramai calon yang memberikan penerangan yang panjang dalam Surat Iringan. Jangan sekali-kali mencampur adukkan kandungan resume dalam Surat Iringan anda. Ini akan membazirkan masa dan menjemukan pihak yang membaca permohonan anda.

Remember that recruiters have to read so many resume applying for only one position, out of which, they will select a few candidates for interviews. In order to secure that interview, cover letters should ideally be only one page long. Many people provide lengthy autobiographies in the cover letter. Never repeat your resume in your cover letter. This is a waste of the writer's and reader's time.



Kandungan Surat Iringan
- Cover Letter Content

Dalam dua perenggan yang pertama : maklumkan jawatan yang ingin anda pohon dan bagaimana anda dapat tahu tentang kekosongan jawatan tersebut.

Dalam dua perenggan yang berikutnya : terangkan kepada bakal majikan anda mengapa anda sesuai untuk jawatan tersebut. Dan akhiri Surat Iringan anda dengan memberitahu samada anda akan menghubungi mereka semula atau menunggu panggilan untuk satu temuduga.

Ingat ! JANGAN SESEKALI menggunakan Surat Iringan yang sama bagi semua permohonan kerja anda. Dan jangan cuba untuk mengambil jalan mudah dengan menyalin surat rakan anda dan hanya menukar butiran. Anda tidak boleh menipu pihak pemilih. Berusaha sendiri dengan menulis Surat Iringan yang khusus bagi setiap permohonan untuk membuktikan minat, kreativiti dan kesungguhan anda dalam usaha mendapat pekerjaan tersebut.


In the first two paragraphs, mention the position you are applying for and how did you learn of the opening for the position.

In the subsequent two paragraphs, tell your prospective employer why you are perfect for the position. And finally end your cover letter by informing whether you will be calling them or you will be waiting for their phone call to call you for an interview.

Remember, NEVER use the same cover letter for all your job application. And never ever attempt to take the easy way out by copying your friend's cover letter and just change the details. You cannot cheat the recruiters. Be individual and write a customised cover letter just for that one application to show your genuine interest in getting that job.





Objektif Penyediaan Resume / Curriculum Vitae (CV)
Paradigma dalam menyediakan resume bagi kebanyakan lepasan siswazah adalah hanya untuk mendapat pekerjaan. Paradigma ini tidak salah tetapi kalau kita menumpukan matlamat supaya terpilih untuk ditemuduga atau pemilihan, maka seluruh usaha kita akan lebih fokus kepada bagaimana untuk 'out of the crowd' daripada ribuan pemohon yang lain.

Ia akan mendorong kita kepada usaha-usaha yang kreatif dan sistematik agar resume kita dapat menarik perhatian pihak pemilih seterusnya menjadikan kita tersenarai dalam calon-calon yang terpilih untuk ke peringkat temuduga / pemilihan.

Oleh itu, daripada permulaan menyediakan Resume atau CV, abaikan dulu angan-angan anda untuk mendapat pekerjaan. Tumpukan pada bagaimana usaha kita untuk membuat pihak pemilih tertarik akan diri kita. Juga harus diingat : bahawa penampilan awal bagi diri anda hanya akan diwakili oleh 2 atau 3 helai kertas sahaja.


Ciri-Ciri Resume/ CV Yang Baik
Bagaimanakah contoh Resume / CV yang baik ? Format rasminya mungkin tidak ada, tetapi yang jelas, Resume / CV yang bagus haruslah menarik perhatian, menimbulkan impresi yang bagus, menunjukkan pengalaman dan keterampilan yang relevan. Oleh itu, anda harus berusaha sebaik mungkin untuk mencapai objektif-objektif tersebut.

Misalnya, pilihlah jenis kertas yang baik dan sesuaikan dengan karakter pekerjaan yang dipohon serta konsep majikan. Contohnya jangan sekali-kali menggunakan kertas wangi berwarna ungu muda untuk posisi-posisi seperti akauntan di sebuah firma konsultan yang terkenal budayanya sangat formal. Sebaliknya mungkin anda boleh menggunakan kertas jenis tertentu dalam usaha 'out of the crowd' dan sesuai dengan majikan yaang berkaitan.

Jangan lupa luangkan waktu untuk memeriksa semula setiap ejaan anda beberapa kali. Resume / CV yang anda, mesti 100 % bebas kesalahan ejaan. Ingat Resume / CV menampilkan diri anda dan jangan biarkan timbul impresi yang kurang baik tentang diri anda hanya karena masalah ketelitian atau kerapian. Ia sangat merugikan jika dianggap remeh.


Kreatif
Ingatlah tujuan membuat Resume / CV adalah agar kita dipanggil untuk temuduga atau pemilihan. Jadi gunakan sepenuhnya kreativiti anda untuk 'out of the crowd'. Buatlah diri anda menonjol dan diberi perhatian dengan impresi positif oleh pihak pemilih. Sebuah kertas yang dilipat dengan cara unik berwarna krem muda dengan kertas yang berkualiti tinggi tentunya akan sangat menarik perhatian diantara tumpukan seribu kertas HVS 80 gram putih ukuran A4.

Anda mesti sensitif kepada pihak pemilih akan membaca ribuan surat permohonan dan resume. Bayangkanlah kebosanan mereka jika yang dilihat itu-itu saja, membaca yang begitu-begitu saja. Gunakanlah kreativiti anda untuk memberi impresi positif sekaligus membuat Anda menjadi berbeza di antara ribuan pemohon yang lain dan mendorong pihak pemilih untuk segera bertemu dengan anda.


Sederhana dan Jelas
Lazimnya pihak pemilih tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca Resume / CV. Jika anda membuatnya secara jelas, ringkas dan sederhana, ianya akan memudahkan mereka sekaligus menguntungkan anda karena mereka boleh mendapatkan gambaran diri anda secara lebih lengkap. Berilah gambaran kasar tentang pengalaman, kebolehan, kelebihan dan kelulusan anda.


Contoh Resume / CV

Objektif & Isi : sebagai pengganti bagi penampilan diri dan kemampuan anda.
■ Maklumat Peribadi (Nama, Alamat, Nombor Telefon, Alamat Email dll)

■ Profil Diri (gambaran ringkas tentang diri anda yang merumuskan kelebihan anda dan dapat meyakinkan pihak pemilih yang anda sesuai untuk posisi tersebut)

■ Employment (sejarah ringkas tentang pengalaman anda dalam bidang pekerjaan sebelumnya. Bagi 'fresh graduate', anda boleh menulis tentang praktikal (latihan industri) yang telah dilakukan atau projek-projek yang anda kerjakan semasa kuliah. Ada baiknya mencantumkan pencapaian / prestasi terbaik yang dicapai dalam setiap pekerjaan

■ Pengajian dan Kemahiran Lain (kelulusan tertinggi anda, semua latihan yang telah dijalani dan kelebihan lain yang dimiliki)

■ Pengalaman dalam organisasi (organisasi pekerjaan, kemasyarakatan, kampus dll)

■ Minat dan hobi anda

■ Maklumat Tambahan ( cth : karya penulisan, biasiswa yang diterima, pertandingan dll)

■ References (referensi dari mantan atasan, dosen, tokoh masyarakat, dll)


Lain-Lain Yang Perlu Diberi Perhatian
■ Buatlah Resume / CV yang berbeza untuk setiap pekerjaan yang dipohon.

■ Sesuaikan kelayakan yang anda tonjolkan dalam setiap Resume / CV
dengan syarat yang diperlukan bagi setiap jawatan yang dipohon.

■ Pastikan pembaca Resume / CV anda akan faham dengan jelas apa yang anda tulis.

■ Tekankan pada prestasi anda dan minimakan kelemahan anda

■ Cetak dengan kualiti yang terbaik dan jangan hantar salinan fotostat.

■ Sertakan Cover letter yang menarik dan kreatif sebagai 'penyokong'

■ Gunakan bahasa yang sama dengan iklan jawatan tersebut.
Jangan menunjuk kepandaian dengan menggunakan bahasa yang lain

■ Jangan sesekali menipu dalam Resume / CV

Keistimewaan Makkah Sebagai Rumah Allah S.W.T

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengari oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4.Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengari tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...