Powered By Blogger

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya


Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Menderma darah hukumnya harus.
     
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
     
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
     

English Version

 
Blood Donation and Blood Transfusion from Muslim to Non-Muslim and Vice Versa

Decision:

The 4th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 13-14th April 1982 has discussed on blood donation and blood transfusion from Muslim to non-Muslim and vice versa. The Committee has decided that:

1. Blood donation is permissible

2. No need to distinguish between non-Muslim blood and Muslim blood

3. Appreciation in the form of money to the blood donors is not encouraged.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
     
  2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
     
  3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”
    .
     
  4. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama".
 
Sumber :  http://www.e-fatwa.gov.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...