Salam buat tatapan semua...
Hamba ingin mengulas secara serba ringkas saja berkaitan masalah gender yang sering menjadi perbualan sesetengah pihak yang berlainan jantina terutama mereka yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Sesungguhnya pada hemat hamba, masalah ini tidak akan timbul sekiranya kita semua terutama umat islam faham tentang fungsi dan duduk letaknya lelaki dan wanita itu. Kita melihat kini golongan wanita mahukan taraf mereka diiktiraf berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki. Setiap apa yang dipakai oleh lelaki, semuanya mahu dipakai. setiap apa yang dikerjakan lelaki, semuanya mahu dibuat oleh mereka walaupun bertentangan dengan fitrah mereka sendiri. Hamba ingin tegskan di sini, hamba menilai ini bukan dari sudut emosi tetapi profesional hendaknya.
Namun, memang tidak salah sekiranya perempuan mahu sama tarafnya dengan lelaki tetapi ianya lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Oleh sebab itulah, islam tidak menggalakkan perkara tersebut terjadi. Islam tidak pernah memperkecilkan peranan seorang perempuan malah dianggap tinggi dalam agama islam dan mudah masuk syurga berbanding golongan lelaki jika kena dengan caranya syurga. Kini bukannya seperti zaman jahiliah dahulu di mana golongan wanita ditindas dengan kejam tetapi kini kita mempunyai agama sebagai pembela. Malah dengan kewujudan institusi - institusi yang mampu membela nasib kaum wanita ini semestinya dapat menggambarkan ketinggian martabat seorang wanita itu. Sesungguhnya,idea dan mentaliti persamaan taraf di antara wanita dan lelaki ini telah dibajai oleh penjajah yakni negara - negara barat. Sudah tercatit di dalam hukum bahawa golongan lelaki itu akan menjadi imam, khalifah dan pemimpin bagi sesebuah masyarakat dan negara. Allah s.w.t tidak melantik nabi dan rasul dari kalangan perempuan. Betapa tigginya pengetahuan Allah Maha Besar.
Golongan wanita ini terlalu istimewa. Namun,mereka yang membuatkan keistimewaan mereka itu pudar ditelan arus globalisasi dan maksiat dengan kewujudan "jantan-jantan" dari kalangan lelaki. oleh itu, sama - samalah kita insaf dan yakin bahawa setiap kejadian yang Allah jadikan mempunyai hak dan tanggungjawab kebersamaan. "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara" itulah slogan yang sering dilaungkan. Tetapi, sekiranya dikaji secara mendalam, pemudi adalah tiang negara bermaksud kekuatan wanita itu sebenarnya lebih berpengaruh dalam jatuh bangun sesebuah masyarakat justeru negara. Golongan wanita ini hendaklah dididik dan dibela kedudukannya dengan nilai - nilai agama yang mantap kerana peranannya juga ada dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Justeru, golongan lelaki yang patut berperanan dalam hal ini dan mereka perlu mantap dari segi keagamaan dan jati diri dahulu sebelum bertindak. Hendaklah kita semua bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya dan menyelidiki kekuatan dan kelemahan diri tanpa pengaruh-pengaruh dari Barat serta jadikan agama sebagai sendi dalam setiap tindakan dan fikiran. sekian dari hamba yang lemah...
0 comments:
Post a Comment