Solat masbuq ialah apabila maklum tidak dapat mengikuti imam
pada takbir yang pertama dalam solat.
Jadi, apabila maklum itu masbuq, maka mereka perlu
menggantikan rakaat setelah imam memberikan salam yang pertama mengikut kadar
rakaat yang tertinggal. Sebagai tambahan ilmu, kita perlu mengetahui serba
sedikit mengenai solat masbuq ini. Jom ikuti soal jawab di bawah ini.
Soalan : Assalamualaikum, Ustaz, saya ada beberapa kemusykilan mengenai solat masbuq:
1) Bagi makmum yang baru memasuki saf, adakah niat yang
dilafas sama seperti niat jemaah biasa walaupun telah ketingalan beberapa
rakaat?
2) Perlukah kita berniat mufarakah (berpisah dengan imam)
selepas imam memberi salam untuk melengkapkan solat kita?
3) Apakah yang perlu kita lakukan jika kita tidak setuju
menjadi imam (atas sebab2 tetentu) ketika sembahyang, tiba-tiba ada makmum yang
mencuit meminta kita menjadi imam?
4) Ketika solat sunat, bolehkah kita`dicuit’ untuk menjadi
imam?
5) Adakah pahala orang yang menjadi makmum masbuq sama
dengan makmum yang berjemaah penuh?Segala penjelasan ustaz saya ucapkan jutaan
terima kasih.
Jawapan :
1 ) Makmum yang baru memasuki saf untuk bersama-sama
berjemaah hendaklah berniat sebagaimana solat berjemaah.
2 ) Tidak perlu berniat mufarakah apabila imam memberi salam
tetapi wajib meneruskan solat untuk menyempurnakan solat tersebut.
3 ) Harus seseorang itu menjadi imam sekalipun ia tidak
bermaksud untuk menjadi imam, tetapi tidak boleh mengikut imam yang diketahui
batal solatnya.
4 ) Persamaan antara solat imam dan makmum jika berlainan
kerja solat antara keduanya seperti solat zuhur dengan solat gerhana matahari
maka tidak sah.5 ) Makmum solat masbuq masih mendapat pahala berjemaah, apabila
makmum dapat mengikutnya sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang
mengikuti dari mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang
mengikuti kemudian.
Kita tetap dikira dan mendapat pahala jemaah walaupun sempat bersama dengan imam ketika sedang berada di rukun tahiyyat akhir. Kejarlah pahala jemaah, sesungguhnya bersolat jemaah itu mendapat ganjaran 27 kali ganda.
0 comments:
Post a Comment