Salam Ukhuwah.
Tujuan hamba menulis kali ini bagi memperjelaskan tentang nama gunaan hamba diatas ni iaitu MUSAFIR PURBARASA_404. sememangnya nama tersebut memberi seribu tanda tanya kepada para kamu yang membaca tetapi memberi seribu makna bagi diri hamba ni. Musafir nie maksudnya seseorang yang merantau,berjalan dan meneroka sesuatu tempat...jadi, dalam ruang konsep hamba nie adalah seorang musafir atau manusia yang mencari seribu jawapan bagi satu soalan....nak tau soalan tu...wallahualam...subjektif, tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Manakala, Purbarasa pula membawa maksud firasat. walau bagaimanapun, perkataan tersebut jarang digunakan atau tidak lagi digunakan pada mutakhir kini. sememangnya kuno bunyinya bagi sesiapa yang tidak mahu menilai erti estetika kepada nama tersebut. jadi, hambalah manusia yang bermusafir mencari kebenaran yang hakiki dan terpaksa menempuhi ranjau berduri berbekalkan firasat akal yang disandarkan kepada agama dan kewarasan.
404 pula, hamba malas la nak citer..tu rahsia la...terlalu bernilai untuk dititipkan melalui lisan mahupun penulisan.biar ianya menjadi seribu tanda tanya...kalau semua disuap dengan jawapan, maka tak indah la soalan...betul tak...oleh itu, harap terjawab la segala persoalan yang bermain di fikiran kamu semua.(sapa yang baca je la)...ahakz....kim salam kat mak ayah...wassalam...
0 comments:
Post a Comment