Powered By Blogger

Selamat Hari Lahir - Abah.

Salam Ukhuwah…

Kali ni hamba nak utarakan berkenaan “bapa” atau “ayah” atau “abah” atau yang sewaktu dengannya. Semua insan pasti mempunyai ayah dan amat menyayangi mereka. Kalau tak sayang tu maknanya ada something wrong la tu kat mana-mana…nilai la balik diri dan status kita sebagai seorang anak. Kebanyakan anak tak sedar yang kita sayang kat diorang ni….hahaha....(ayat dalam iklan tu). Hidup di dunia nie perlulah pengorbanan dan sedar akan tanggungjawab kita terutama sebagai seorang anak. Prinsip hamba mudah je...salah orang tua atau salah kita adalah tetap salah kita, mereka tetap betul. (kecuali dalam hal-hal agama,tu bab lain). Jadi, kita tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan apa,siapa,bagaimana mereka dan apa yang mereka lakukan. Kita ibarat orang suruhan sebagai seorang anak kerana mereka telah membesarkan kita tanpa sebarang keluhan. Kalau kita dapat balas pun, agak-agak setara tak dengan apa yang mereka berikan kepada kita selama nie...lagipun. mereka tak mengharapkan apa-apa pun.

Ayah, setiap yang dilakukan bagi menyara keluarga tak pernah dikeluhkan atau diadukan secara membuta tuli. Tambahan, mereka hanya diam membisu sekiranya terdapat masalah mahupun kesusahan yang terpaksa dihadapi. Biasala,lelaki memang camtu...memang naluri dan sikap lelaki sebegitu rupa. Sakit, susah semuanya di dalam...tak taruk luar punya...

Di kesempatan ini, hamba ingin mengucapkan selamat hari lahir buat ayahnda tercinta iaitu Mohd Sazali b. Mohd Daud. Pengorbanan mu selama ini takkan dilupakan walaupun sekelumit oleh anaknda. Semoga ayahnda dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah s.w.t dan menjalankan seorang tanggugjawab sebagai seorang ayah yang the best laaa.....memang the best pon.hehe. sori la, anak mu ni segan nak ucap secara lisan...pemalu la akatakan...bertuah sungguh.haha. Doa daripada anaknda sentiasa bersama ayahnda tercinta.

Allah selamatkan kamu.

Allah selamatkan kamu.

Allah selamatkan Mohd Sazali bin Mohd Daud.

Allah selamatkan kamu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...